Uniknya Serangga Di Muka Bumi Ini...

Muzium Negara telah memperkenalkan pelbagai jenis serangga yang sangat unik seperti Serangga daun kering, rama-rama terbesar dan banyak lagi.Fuh indah betul ciptaan Tuhan ni kan,erm,,,...

MEMILIH pembangunan dan kemodenan bererti ada yang harus dikorbankan. Selain bukit kian terhakis, hutan makin gondol dan sungai menghimpun sampah-sarap, habitat haiwan yang menghuni di dalamnya turut diancam bahaya kepupusan.


Selain haiwan liar, serangga dan unggas penghuni tetap hutan dan belukar semakin susut bilangannya. Jika sebelumnya, spesis seperti belalang, pepatung, kumbang, riang-riang dan sebagainya biasa ditemui meskipun di kawasan sekitar rumah, generasi kini, sekadar mengenali nyamuk dan lalat.

Bahaya kepupusan membangkit kesedaran Muzium Negara untuk mengabadikan dan menyimpan koleksi serangga melalui pameran pameran Kenali Serangga (KS), baru-baru ini.

“Spesimen yang ada dalam simpanan muzium termasuk spesies serangga seperti kumbang dan rama-rama yang berhadapan bahaya kepupusan. Jika muzium tidak mengambil langkah menyimpannya, kemungkinan besar generasi akan datang tidak kenal sama sekali rupa dan bentuk serangga ini,” kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail.

Pameran berkenaan berjaya menghimpunkan kira-kira 200 spesis serangga termasuk 15 ekor rama-rama terbesar di dunia, Rajah Brooke. (SUMBER OLEH : BERITA HARIAN)

BERITA SELANJUTNYA ,korang BOLEH LAYARI ATAU MELAWAT DI LAMAN WEB INi http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090614082420/Article/index_htmlI
Related Posts with Thumbnails

0 Komen:

Post a Comment