Bayi UFO ?

Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.
Related Posts with Thumbnails

7 Keajaiban Dunia Zaman Silam

Senarai Keajaiban Dunia Zaman Silam.Terdapat tujuh keajaiban dunia pada zaman silam tetapi enam daripada tujuh keajaiban dunia tersebut telah musnah. Berikut adalah senarai tujuh keajaiban dunia zaman silam.

1)Keajaiban Dunia Tahun Dibina Tempat Penerangan Ringkas Piramid Raja Chiapas 5 000 tahun dahulu (kira-kira 3000SM) Mesir Purba � Ia adalah satu-satunya keajaiban dunia yang tinggal pada zaman kini.

2)Taman Tergantung Babylon 600SM � Ia setinggi 335 kaki. � Batu-bata sahaja yang digunakan untuk membina tembok itu.


3)Patung dewa Zeus - Yunani Purba � Direka oleh pengukir Yunani Purba yang bernama Phidias. � Ia diukir dari emas.

4)Sebuah rumah berhala - Ephesus(Turki) � Dibina untuk Dewi Diana � Tiang rumah berhala ini setinggi 60 kaki. � Senibinanya halus dan menarik. � Musnah pada tahun 262M semasa bandar Ephesus diserang oleh musuh.

5)Mausoleum(Makam seorang raja yang mangkat) 353M - � Perkataan 'mausoleum' digunakan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud makam.

6)Patung Perak 224M Pulau Rhodes � Dibina untuk dewa Matahari yang digelar Helius.

7)Rumah api 283M Pulau Pharos, Mesir Purba � Ia telah digunakan hampir 1,500 tahun. � Ia musnah akibat suatu gempa bumi.
Related Posts with Thumbnails

Misteri Bahtera Nabi Nuh

DI SEBUAH gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri berharga berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah maha berharga itu bukan saja menarik minat pengkaji sejarah malah pihak perisik AS seperti CIA. KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan ketat bersama rahsia-rahsia penting lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl bermaksud 'Gunung Sengsara' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Lainnya terkorban.

Hingga hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'maha berharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu, telah mati secara misteri.


Soalnya sekarang, mengapa 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya ditempat rahsia tentera?.

Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan peninggalan 'Noah' itu benar-benar ada di puncak Mount Ararat?

Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark!

Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2,000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5,000 tahun dan selama 5,000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Nabi Noh AS mula membina bahteranya pada tahun 2345 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2465 B.C.

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, berbentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubic X 50 cubic X 30 cubic. Untuk pengetahuan anda cubic itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.

Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubic, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik atau burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo atau muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat, Perumpamaan Ahlul Bait ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

The Great Noah Ark ini berada di Mount Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bertentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran,Turkey.

Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda menonton CNN, hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey dengan Puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jauh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah 'anchor' (sauh) purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noh AS telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mount Ararat. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergamam dan kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Saya nukilkan kisah ini, iaitu artikel pengalaman-pengalaman menarik para pengkaji Noah Ark dari Sirloin-skippe, beberapa tahun lalu. Kerana beberapa hari selepas Hari Raya ini, saya bersama-sama beberapa kawan-kawan akan pergi ke negara-negara sekitar tersebut. Maka dalam mengkaji dan mencari maklumat, saya terjumpa bahan kajian ini. Saya persembahkan kepada pelayar-pelayar blog ini, moga-moga ada manfaatnya.

Misteri Bahtera Noh ini akan disambung lagi, dan saya tidak pasti catatan perjalanan saya kali ini akan sampai ke situ atau tidak. Allhu 'aklam.

P/S : Sumber dari web Ibnu Hasyim Catatan Santai
Related Posts with Thumbnails

Lelaki Paling Tua Di Dunia Meninggal Dunia

TOKYO 19 Jun - Lelaki paling tua di dunia, Tomoji Tanabe (gambar) meninggal dunia di rumahnya di selatan Jepun hari ini(bulan jun) pada usia 113 tahun.Ahli-ahli keluarga berada di sisi Tanabe ketika mendiang yang menghidap masalah jantung kronik itu menghembuskan nafas terakhir, kata seorang pegawai di Miyakonojo City.

"Encik Tanabe menjadi simbol Miyakonojo dan telah menceriakan ramai penduduk di sini dan menjadikan bandar ini sebagai lambang bagi umur yang panjang," kata Datuk Bandar, Makoto Nagamine.

Semasa Tanabe menyambut hari lahirnya yang ke-113 pada 18 September lalu, beliau menceritakan rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu ialah dengan menjaga makan, di samping menjauhi arak, rokok dan makanan ringan.Tanabe yang tinggal bersama-sama anak lelaki dan menantu perempuannya mempunyai lapan orang anak, 25 cucu, 53 cicit dan enam piut.


Jepun merupakan antara negara yang mempunyai penduduk yang memiliki jangka hayat paling panjang di dunia, sebahagiannya kerana diet tradisi mereka yang suka makan ikan, nasi dan sayur-sayuran.

Orang paling tua di dunia sekarang ialah seorang wanita Amerika Syarikat, Gertrude Baines, berusia 115 tahun. Wanita itu tinggal di Los Angeles.
Related Posts with Thumbnails

Gajah Boleh Berenang ?

Gajah ternyata sangat sukakan air dan nampaknya, 3 pengkaji Australia tahu apa sebabnya. "Nenek moyang gajah berasal dari bangsa akuatik," kata Ann Gaeth dan koleganya dari Universitas Melbourne yang meneliti embrio & fetus dari gajah dalam sebuah projek istimewa di Afrika Selatan. Mereka juga turut menemukan fakta bahwa ginjal gajah memiliki kesamaan dengan bangsa ikan dan katak. Fosil mereka juga membuktikan bahwa belalai meraka berfungsi sebagai snorkel, organ yang membantu mereka agar boleh bernafas lama dalam air.


INFO PASAL GAJAH LAGI :

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 2 spesies gajah di dunia.

1)Gajah Asia
2)Gajah Afrika
3)Gajah Kerdil Malaysia

Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti dan hanya dua spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira dua juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia terhasillah gajah mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus.

Gajah Asia berbeza daripada Gajah Afrika dari segi telinganya yang kecil sedikit, mempunyai dahi yang rata, dan dua bonggol di kepalanya merupakan puncak tertinggi gajah, berbanding dengan Gajah Afrika yang mempunyai hanya satu bonggol di atas kepala. Selain itu, hujung belalai Gajah Asia hanya mempunyai 1 bibir, sementara Gajah Afrika mempunyai 2 bibit di hujung belalai. Kedua-dua jantina Gajah Afrika mempunyai gading sementara hanya gajah jantan Asia yang mempunyai gading yang jelas kelihatan.

Gajah juga pernah digunakan dalam perperangan sebagai gajah perang, yang digunakan bagi menyerang musuh.
Related Posts with Thumbnails

Kisah Bilik Terakhir Di Penjara Pudu (PART AKHIR)

Beliau terdengar seperti tapak kaki sdg blari2 berhampirn bilik tersebut. Ia cuba beranikn diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasn itu..


Oleh kerana ingin tahu ia beranikn juga dri mhampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu tlh btukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikn juga dari memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 di dalamnya jika tlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dlm gua tsebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati byk harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangn lalu menjelmalah 1 lembaga yg mengerikan seraya berkata, Heyyyyyy manusiaaa. Jgn engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa.
Related Posts with Thumbnails

Budak Bersin 12,000 Kali Sehari.!

Seorang budak perempuan di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Lauren Johnson, 12, bersin sehingga 20 kali seminit atau 12,000 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.


Lauren mula bersin tanpa henti sejak dua minggu lalu akibat diserang selesema dan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke sekolah malah sukar menjamah makanan.

Namun, Lauren tidak bersin semasa dia tidur pada waktu malam dan keadaan aneh tersebut turut membingungkan doktor-doktor yang belum tahu puncanya.

Dalam satu wawancara menerusi program Today Show di stesen televisyen NBC kelmarin, dia turut bersin pada siaran bual bicara pagi itu.

"Saya tidak boleh berhenti (bersin)," kata Lauren dalam temu ramah lima minit itu.

Ibunya, Lynn Johnson berkata, anaknya telah banyak bertemu dengan ramai pakar perubatan untuk menjalani diagnosis dan sudah mencuba 11 jenis rawatan yang berbeza.

Seorang pakar percaya dia menderita sindrom yang dikenali bersin mesingan merujuk kepada seseorang yang bersin tanpa henti

SUMBER : KOSMO
Related Posts with Thumbnails

Taj Mahal Hilang 2 Minit ???

Bangunan bersejarah di India, Taj mahal, sempat hilang dari pandangan selama kurang lebih dua menit
pada Rabu lalu.Peristiwa hilangnya Taj Mahal itu tak lepas dari aksi seorang ahli silap mata India, yang berhasil membuat kagum para pengunjung pada acara yang diadakan di pelataran musoleum berusia 17 abad tersebut. Adalah P.C. Sorcar Junior yang berdiri di tepian sungai Yamuna yang terletak di belakang Taj Mahal, untuk mempertontonkan kebolehannya berilusi.

"Ilmu silap mata telah membuat bangunan marmer bergaya arsitektur Mughal itu hilang, dan hanya meninggalkan ruang kosong di tempat berdirinya Taj Mahal,"architectural marvel disappear in the thin air, leaving a blank space at the site," kata harian setempat dari Agra, tempat Taj Mahal berdiri, seperti dikutip Reuters. Sorcar mengatakan helah yang ia gunakan tidak akan bisa digunakan melalui hipnotis massa. "Saya hanya membuat Taj menjauh dari pandangan anda," katanya. "Itu merupakan sebuah ilusi yang sempurna."
Related Posts with Thumbnails

Gambar : Dalam Durian Ada Durian



P/S : Pelikkan ? Hehe tapi benar...Erm hehe tapi pas korang tengok gambar kat atas nikan mesti korang akan teliti dulu betul2 buah durian time korang nak makan buah durian nanti kan ? hehe
Related Posts with Thumbnails

Misteri Mitos Rusa Putih

Rusa putih telah lama dikaitkan dengan mitos dan legenda yang sukar ditangkap.

Pemerintah England, Raja Arthur pernah kecewa kerana gagal dalam percubaannya untuk menangkap rusa putih.

Namun, seorang jurugambar, Ken Grindle berjaya merakamkan gambar seekor rusa putih di hutan Dean dekat Lydney, Gloucestershire.

Ken, 66, berjaya merakamkan gambar haiwan itu buat kali pertama selepas enam tahun gagal melakukannya di kawasan sama.


"Saya berasa terkejut apabila melihatnya. Saya menunggu di sebuah kawasan dan ia amat bertuah. Rusa itu berjalan di depan saya.

"Ia (rusa putih itu) amat cantik," katanya.

Hutan Dean dipercayai menjadi habitat pelbagai makhluk aneh termasuk babi hutan dan rusa putih.

SUMBER RUJUKAN : KOSMO
Related Posts with Thumbnails

Anehnya Otak Kita...

TAHUKAH ANDA ? Setiap manusia memiliki 10 bilion sel saraf pada otak. Jika digunakan dengan betul, ia mampu merakam dan menyimpan lebih daripada 86 juta maklumat setiap hari. Saintis juga mengesahkan otak mampu menyimpan 100 trilion maklumat sepanjang hayat seseorang. Bagaimanapun, kerana salah guna, banyak orang mensia-siakannya. Membaca, mengembara, melihat, mendengar, memerhati dan sebagainya menjadikan otak seseorang itu lebih bertenaga berbanding yang lain.



(TRIVIA TENTANG OTAK LAGI...)Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan echinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.
Related Posts with Thumbnails

Kisah "Bilik Terakhir" Di Penjara Pudu

Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah
kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.


Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu.
Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yangberhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau...

(BERSAMBUNG DI PART 2 PLAK ERK...SILA TUNGGU...)
Related Posts with Thumbnails

Oh Gerhana Bulan...

Gerhana bulan berlaku apabila bulan terlindung dalam bayang-bayang bumi.


Hal ini terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari. Cahaya matahari disekat oleh bumi dan tidak sampai ke bulan. Akibatnya, bulan tidak kelihatan kerana berada dalam bayang bumi.

Dengan demikian menyebabkan berlakunya gerhana bulan.
Related Posts with Thumbnails

21.12.2012 Kiamat ?

Gambar ini merujuk kepada pergerakan Marikh yang telah songsang.

Benarkah? Dunia akan musnah bila dunia memasuki putaran melepasi photon belt berdasarkan perkiraan kalendar mayan?
Adakah kiamat dikira berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion?


Adakah ia benar-benar akan terjadi ? Same-same kite tunggu dan lihat.Semua ini hanyalah terletak pada kuasa Allah SWT sahaja.Hanya Dialah yang menentukannya bukannya kita.Kalau esok Dia mahu jadikan dunia ini kiamat,siapa akan tahukan ? So ape yang kita perlu buat sekarang ialah berserah diri kita kepadaNya sahaja.
Related Posts with Thumbnails

10 Tempat Paling Misteri Di Dunia

1. Rapa Nui
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile
Meraih populariti international kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia
Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui.
Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.
Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.

2. Mesir
Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang di sepanjang sungai Nil
Masing2 tingginya hampir 100 meter, dan terbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 ton
Sampai sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari semua piramid, yang tertinggi adalah Piramida Cheops
Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid
Semua batu entah bagaimana saling membenarkan, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan atau celah
Permasalahan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sampai saat ini.

3. Bermuda
Terletak di Atlantik Barat Laut
Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang.
Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut
Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah.
Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana merungkai hal ini.


4. Antartika
Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni
Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita
Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.

5. Xinjian
Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis.
Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya
Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya.
Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istan-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.

6. Stonehange
Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English
Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?

7. Henan
Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais.
Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap.
Tetapi tibanya musim panas, maka mulaiah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.

8. Air Terjun Niagara
Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong
Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika
Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.

9. Geyser
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dr permukaan tanah.
Geyser selalu tampak menarik dan misterius.
Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter
Jika anda mengunjungi Cina pula, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa menit sekali. Diamter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.


10. Pulau Arran dan Orkney
Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.
Related Posts with Thumbnails

Uniknya Serangga Di Muka Bumi Ini...

Muzium Negara telah memperkenalkan pelbagai jenis serangga yang sangat unik seperti Serangga daun kering, rama-rama terbesar dan banyak lagi.Fuh indah betul ciptaan Tuhan ni kan,erm,,,...

MEMILIH pembangunan dan kemodenan bererti ada yang harus dikorbankan. Selain bukit kian terhakis, hutan makin gondol dan sungai menghimpun sampah-sarap, habitat haiwan yang menghuni di dalamnya turut diancam bahaya kepupusan.


Selain haiwan liar, serangga dan unggas penghuni tetap hutan dan belukar semakin susut bilangannya. Jika sebelumnya, spesis seperti belalang, pepatung, kumbang, riang-riang dan sebagainya biasa ditemui meskipun di kawasan sekitar rumah, generasi kini, sekadar mengenali nyamuk dan lalat.

Bahaya kepupusan membangkit kesedaran Muzium Negara untuk mengabadikan dan menyimpan koleksi serangga melalui pameran pameran Kenali Serangga (KS), baru-baru ini.

“Spesimen yang ada dalam simpanan muzium termasuk spesies serangga seperti kumbang dan rama-rama yang berhadapan bahaya kepupusan. Jika muzium tidak mengambil langkah menyimpannya, kemungkinan besar generasi akan datang tidak kenal sama sekali rupa dan bentuk serangga ini,” kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail.

Pameran berkenaan berjaya menghimpunkan kira-kira 200 spesis serangga termasuk 15 ekor rama-rama terbesar di dunia, Rajah Brooke. (SUMBER OLEH : BERITA HARIAN)

BERITA SELANJUTNYA ,korang BOLEH LAYARI ATAU MELAWAT DI LAMAN WEB INi http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090614082420/Article/index_htmlI
Related Posts with Thumbnails

Ada Hantu Dalam Kelas ?

Adakah benar dalam gambar kat atas ni yang dibulatkan ini adalah hantu ?
 Kalau tak hantu, kemungkinan pontianak,erm tak tahu ler.Ataupun ade je budak2 pompuan dalam kelas ni yang muke camtu kot,hahaha...hehe sori...Tapi korang pikirlah sendiri ok..aku tak tahu...eii kalau betul tu hantu,seram la bulu dada din ni...
Related Posts with Thumbnails

Manusia Hidup Bersama Dengan Dinosaur ?

Cuba bayangkan jika Dinosaur yang besar tu wujud dan hidup bersama dengan manusia pada hari ini.Eii....

Adakah benar bahawa Dinosaur wujud di muka bumi ini dan akan hidup bersama dengan manusia pada suatu hari nanti ? Atau mungkin fakta/berita ini hanyalah khayalan dan kayangan dari sesetengah pihak sahaja.Baca fakta kat bawah ni lagi :


Perkataan dinosaur atau ‘dinosauria’ diperkenalkan ahli kaji purba Inggeris, Richard Owen pada 1842 dan ia berasa­l da­ri­pada perkataan Greek bermaksud ‘reptilia ganas’ atau ‘cicak ganas’. Perkataan itu digunakan bagi mewakili semua jenis spesies haiwan yang hidup jutaan tahun lalu tetapi sudah pupus.

Hingga kini, sebanyak 527 jenis spesies dinosaur sudah dikenal pasti dan saintis percaya ada 1,844 jenis dinosaur wujud suatu ketika dulu. Ada antara hidupan itu adalah herbivor dan karnivor, hidup di darat, lautan dan mampu terbang.

Sejak ditemui, pelbagai andaian dan fiksyen turut ‘mewarnai’ dunia misteri dinosaur antaranya filem Jurasic Park menyatakan bahawa spesies yang sudah pupus itu mampu dihidupkan kembali.

Suatu persoalan dan misteri lain yang dicetuskan beberapa pihak adalah ada antara dinosaur itu yang terselamat daripada pupus dan masih kekal hidup sehingga kini. Misteri itulah yang menyelubungi penduduk Tasik Loch di Scotland mengenai makhluk yang mereka gelar sebagai ‘Nessy’.

Mereka mendakwa sejenis spesies dinosour air iaitu ‘plesiosaurus’ masih wujud dan beberapa kali kelihatan di tasik itu. Sama ada dakwaan itu benar atau pembohongan masih menjadi misteri.

Mungkinkah masih ada spesies dinosaur air masih wujud tetapi tersembunyi di dasar lautan dalam yang masih belum mampu diterokai manusia ketika ini walaupun menggunakan peralatan sains dan teknologi?

Atau semua hidupan itu sudah pupus dan hanya meninggalkan fosil di bawah timbunan tanah di seluruh dunia. Mungkinkah di bawah tempat yang anda berada sekarang turut tertanam fosil dinosaur?
Related Posts with Thumbnails