Misteri Mitos Rusa Putih

Rusa putih telah lama dikaitkan dengan mitos dan legenda yang sukar ditangkap.

Pemerintah England, Raja Arthur pernah kecewa kerana gagal dalam percubaannya untuk menangkap rusa putih.

Namun, seorang jurugambar, Ken Grindle berjaya merakamkan gambar seekor rusa putih di hutan Dean dekat Lydney, Gloucestershire.

Ken, 66, berjaya merakamkan gambar haiwan itu buat kali pertama selepas enam tahun gagal melakukannya di kawasan sama.


"Saya berasa terkejut apabila melihatnya. Saya menunggu di sebuah kawasan dan ia amat bertuah. Rusa itu berjalan di depan saya.

"Ia (rusa putih itu) amat cantik," katanya.

Hutan Dean dipercayai menjadi habitat pelbagai makhluk aneh termasuk babi hutan dan rusa putih.

SUMBER RUJUKAN : KOSMO
Related Posts with Thumbnails

0 Komen:

Post a Comment